Lebih dua juta jemaah haji tiba di Mina - Utusan Malaysia

Lebih dua juta jemaah haji tiba di Mina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH: Lebih dua juta jemaah haji dari seluruh dunia menghabiskan Hari Tarwiyah di Mina pada Jumaat sebagai persiapan untuk menantikan hari paling penting dalam ibadah haji.

Jemaah haji membuat persiapan terakhir untuk wukuf di Arafah yang menandakan puncak ibadah haji tahunan, hari ini, lapor Arab News.

Saudi Press Agency melaporkan perancangan trafik dan kawalan aspek keselamatan yang cekap oleh pihak berkuasa membolehkan kelancaran urusan jemaah haji.

Kementerian Kesihatan menggerakkan lebih 34,000 pakar perubatan, jururawat, ahli farmasi dan kakitangan pentadbiran bagi memastikan kesejahteraan jemaah haji.

Sebanyak 730 ambulans dan tujuh ambulans udara tersedia untuk menyediakan bantuan perubatan dan membawa jemaah haji ke 189 hospital, pusat perubatan dan klinik bergerak.

Pihak kementerian menggesa semua jemaah haji menggunakan payung bagi melindungi diri daripada panas terik matahari dan minum banyak air, ketika suhu meningkat sehingga 43 darjah Celcius.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya