Lebih 70 mayat ditemukan di Jabalia selepas tentera Israel berundur - Utusan Malaysia

Lebih 70 mayat ditemukan di Jabalia selepas tentera Israel berundur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Pasukan pertahanan awam dan pihak ambulans menemukan berpuluh-puluh jasad mangsa yang terbunuh semasa serangan tentera Israel di kem pelarian Jabalia, utara Gaza.

Koresponden WAFA melaporkan pasukan keselamatan menemukan lebih 70 mayat termasuk 20 daripadanya adalah kanak-kanak.

Usaha pencarian masih dijalankan bagi mengesan puluhan mangsa yang terperangkap dalam runtuhan di kawasan kediaman, pusat perlindungan, sekolah dan hospital akibat dibom tentera Israel.

Rejim Zionis turut menyasarkan serangan di klinik perubatan dan bangunan Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA).

Tentera Israel berundur selepas melancarkan serangan selama 20 hari di kem Jabalia sehingga meninggalkan kerosakan besar dan ratusan mangsa meninggal dunia dan mengalami kecederaan.

Serangan menyebabkan 200,000 penduduk Palestin hilang tempat tinggal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya