Lebih 61 juta rakyat Iran layak mengundi - Utusan Malaysia

Lebih 61 juta rakyat Iran layak mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHRAN: Seramai 61.4 juta orang yang berada di dalam dan luar negara layak mengundi sempena Pilihan Raya Presiden Iran, hari ini.

Tinjauan oleh Pusat Penyelidikan Parlimen yang dipetik oleh laman berita Tasnim melaporkan unjuran peratusan keluar mengundi meningkat sejak beberapa hari lalu.

Bagaimanapun, peratusan mengundi masih rendah iaitu sebanyak 48.6 peratus.

Hanya lima calon yang kekal bertanding bagi merebut jawatan itu, namun penganalisis secara umum melihat ia adalah pertandingan tiga penjuru.

Calon utama untuk jawatan itu ialah Speaker Parlimen, Mohammad Bagher Ghalibaf; bekas Perunding Nuklear, Saeed Jalili dan satu-satunya reformis, Massoud Pezeshkian.

Pezeshkian menduduki tempat teratas dengan meraih hampir 30 peratus, Jalili (18.8 peratus) dan Ghalibaf (16.8 peratus).

Hampir 24 peratus adalah pengundi atas pagar.

Tarikh pilihan raya itu sepatutnya dijadualkan pada 2025, tetapi diadakan lebih awal selepas pemegang jawatan tersebut, Ebrahim Raisi meninggal dunia dalam nahas helikopter pada bulan lalu.

Ia diadakan ketika Tehran bergelut dengan kesan ekonomi akibat sekatan antarabangsa di tengah-tengah ketegangan serantau yang memuncak berhubung perang di Gaza.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya