Lebih 1,000 jemaah haji tak berdaftar meninggal dunia

Lebih 1,000 jemaah haji tak berdaftar meninggal dunia

A man affected by the scorching heat is helped by another Muslim pilgrim and police officer the site of the symbolic 'stoning of the devil' ritual during the annual hajj pilgrimage in Mina on June 16, 2024. The death toll from this year's hajj has exceeded 1,000, an AFP tally said on June 20, 2024, more than half of them unregistered worshippers who performed the pilgrimage in extreme heat in Saudi Arabia. All told, around 10 countries have reported 1,081 deaths during the annual pilgrimage, one of the five pillars of Islam which all Muslims with the means must complete at least once. (Photo by FADEL SENNA / AFP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Angka kematian melibatkan jemaah haji makin meningkat dengan jumlah kes baharu melebihi 1,000 orang. 

Berdasarkan pengiraan AFP, lebih separuh daripada jemaah tidak berdaftar menunaikan ibadah haji dalam suhu panas melampau di Arab Saudi. 

Seorang diplomat Arab Saudi memaklumkan kematian baharu dilaporkan pada Khamis melibatkan 58 jemaah haji dari Mesir. 

Secara keseluruhan, jumlah kematian paling tinggi direkodkan oleh jemaah haji dari Mesir sebanyak 658 orang dengan 630 daripadanya adalah jemaah haji yang tidak berdaftar. 

Sebanyak 10 negara melaporkan kes kematian jemaah haji masing-masing dengan jumlah 1,081 kematian dicatatkan.

Setiap tahun, puluhan ribu jemaah cuba menyertai Haji melalui saluran yang tidak sah kerana mereka tidak mampu membayar permit rasmi yang mahal. 

Pihak berkuasa Saudi melaporkan pihaknya terpaksa menghalang ratusan jemaah haji yang tidak berdaftar di Mekah bulan ini, namun masih ramai yang meloloskan diri di tanah suci itu. 

Jelasnya, kumpulan itu terdedah dengan cuaca panas kerana tanpa permit rasmi mereka tidak dapat mengakses ruang berhawa dingin yang disediakan untuk 1.8 juta jemaah haji bagi menyejukkan badan. 

“Mereka keletihan selepas dikejar oleh pasukan keselamatan sebelum Hari Arafah.

“Punca kematian jemaah haji Mesir adalah disebabkan oleh suhu panas terik yang mencetuskan komplikasi berkaitan tekanan darah tinggi dan isu lain,” katanya.

Kementeria Luar dalam kenyataan memaklumkan, pegawai Mesir melawat hospital bagi mendapatkan maklumat dan membantu jemaah mendapatkan rawatan perubatan.

Bagaimanapun, terdapat sejumlah besar warga Mesir yang tidak berdaftar dalam pangkalan data haji yang memerlukan usaha berganda dan masa lebih lama untuk mencari orang hilang dan saudara mereka. 

Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi mengarahkan pasukan krisis yang diketuai oleh Perdana Menteri membuat susulan terhadap kematian jemaah haji negara itu. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN