Laporte buat pengkritiknya terdiam

Laporte buat pengkritiknya terdiam

AKSI Aymeric Laporte (kiri) ketika mencabar bola di udara dengan pemain Itali Gianluca Scamacca pada aksi Kumpulan di Arena AufSchalke Khamis lalu.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DONAUESCHINGEN: Pertahanan Sepanyol, Aymeric Laporte berjaya menutup mulut pengkritiknya selepas memperagakan aksi cemerlang ketika membantu pasukannya menewaskan Itali di Euro 2024.

Pertahanan tengah berusia 30 tahun itu, yang kini bermain untuk Al Nassr di Arab Saudi, beraksi dalam kesebelasan utama ketika Sepanyol menewaskan juara bertahan itu 1-0 untuk mara ke pusingan 16 terbaik.

Laporte yang tidak beraksi ketika kemenangan 3-0 pada aksi pembukaan menentang Croatia selepas mengalami masalah otot menyaksikan beberapa media Sepanyol membuat spekulasi sama ada pemilihannya bersama skuad La Roja adalah tepat atau sebaliknya ekoran setahun bermain dalam liga Saudi.

“Mereka berkata segala-galanya, terdapat banyak spekulasi dan tidak cukup maklumat untuk mengeluarkan begitu banyak pendapat.

“Terdapat banyak maklumat buruk di luar sana yang menimbulkan lebih banyak tajuk berita. Saya telah menyediakan diri saya (untuk bermain di Euro),” kata Laporte pada sidang media menjelang perlawanan menentang Albania Selasa ini.

Jurulatih Luis de la Fuente sebelum ini enggan mengambil risiko untuk menurunkan bekas pemain Manchester City itu pada aksi menentang Croatia walaupun Laporte bersedia untuk diturunkan.

“Saya bermain 90 minit menentang Itali dan saya berasa baik. Saya berbincang dengan jurulatih (Sepanyol) sebelum mengambil keputusan untuk pergi ke Arab Saudi.

“Bagi saya pasukan kebangsaan sangat penting, ia antara perkara paling penting dalam karier saya. Saya bangga mewakili Sepanyol, setiap kali saya memakai jersi itu, saya berasa sangat bangga,” kata Laporte.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya