Lapan maut bangunan pejabat di Moscow terbakar

Lapan maut bangunan pejabat di Moscow terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Seramai lapan orang maut selepas sebuah bangunan pejabat di Fryazino, kira-kira 25 kilometer dari ibu negara terbakar.

Gabenor bandar itu, Andrey Vorobyov berkata, dua mangsa terbunuh selepas cuba terjun dari tingkap, manakala enam mangsa lain maut selepas struktur bahagian dalam pejabat itu runtuh.

“Seorang lelaki berusia 34 tahun dikejarkan ke hospital dalam keadaan cedera parah, sementara dua anggota bomba menerima rawatan akibat mengalami kecederaan semasa memadamkan api,” katanya.

Petugas kecemasan memaklumkan seorang mangsa berjaya diselamatkan daripada kebakaran itu.

Rakaman imej dalam media sosial menunjukkan kepulan asap tebal muncul dari tingkat lapan bangunan itu.

Seramai 130 anggota keselamatan dan helikopter dikerahkan bagi memadamkan kebakaran itu.

Agensi berita tempatan, Tass melaporkan bangunan itu menempatkan Institut Kajian Platan dan industri pertahanan. -BBC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN