Lapan gol bukan mustahil buat Harimau Malaya

Lapan gol bukan mustahil buat Harimau Malaya

harimau malaya
AKSI Akhyar Rashid ketika menentang Kyrgyzstan pada aksi Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Bishkek, Khamis lalu. –IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Barisan hadapan Harimau Malaya perlu bekerja keras dalam aksi menentang Taiwan pada aksi terakhir Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada Selasa ini bagi mencari sekurang-kurangnya lapan gol.

Dengan skuad yang agak ‘tempang’ tanpa penyerang tulen, situasi itu agak mustahil untuk direalisasikan kerana pengendali negara, Kim Pan Gon hanya mempunyai masa kira-kira 48 jam untuk mengasah ketajaman barisan hadapan negara.

Ketumpulan barisan hadapan Harimau Malaya nampak ketara dengan ketiadaan beberapa pemain seperti Faisal Halim, Arif Aiman Hanapi, Romel Morales, Darren Lok dan juga Syafiq Ahmad yang berdepan masalah kecederaan.

penang fc

Positif

Bagaimanapun, bekas penyerang skuad kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli tetap positif dan beranggapan pemain sedia ada mampu untuk memberikan kemenangan kepada Malaysia dalam aksi menentang Taiwan.

“Tidak mustahil untuk Harimau Malaya menang besar ke atas Taiwan kerana pemain kita tahu apa yang perlu mereka lakukan dalam perlawanan ini iaitu misi mencari sebanyak mungkin gol, ini bermakna pemain kena buat kerja.

“Pemain kena cipta gerakan dan jangan membazirkan setiap peluang yang ada. Bagaimanapun, kita juga bergantung kepada keputusan Oman menentang Kyrgyzstan. Kita tahu, Oman sudah layak dan kita harap mereka tidak bermain sambil lewa.

“Percaturan Pan Gon ketika menentang Kyrgyzstan sudah nampak baik, sebab itu pemain terbaik yang kita ada. Tetapi, menentang Taiwan, kalau boleh kita mahu melihat pemain seperti Safawi (Rasid) bermain dalam kesebelasan utama,” katanya kepada Mingguan Malaysia,semalam.

Atas kertas skuad negara wajib menang lebih daripada tujuh gol tanpa dibolosi sambil mengharapkan Kyrgyzstan tewas di tangan Oman dengan defisit lebih satu gol, ini kerana, Kyrgyzstan memiliki jumlah jaringan banyak dengan kelebihan enam gol.

Jika skuad negara menang manakala Kyrgyzstan tumbang, maka kedua-dua pasukan akan mengumpul 10 mata dan perbezaan gol bakal jadi penentu bagi mencari naib juara Kumpulan D selepas Oman sah bergelar juara kumpulan.

Dalam pada itu, Akmal Rizal yang juga merupakan pengendali Penang FC turut mengingatkan pasukan negara agar tidak memandang sebelah mata keupayaan Taiwan yang pastinya ingin menjaga maruah sekurang-kurangnya mengutip satu mata.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya