Kos hak siaran langsung Euro 2024 tidak cecah RM60 juta

Kos hak siaran langsung Euro 2024 tidak cecah RM60 juta

UEFA Euro 2024 telah membuka kempen Sabtu lalu dengan pasukan-pasukan pilihan menepati ramalan dengan mencatat kemenangan pada aksi pertama.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kos hak penyiaran siaran langsung Euro 2024 yang didakwa mencecah sehingga RM60 juta adalah tidak tepat.

Menurut sumber yang dipercayai, angka tersebut adalah tidak tepat tetapi tidaklah semurah ratusan ribu.

“Kos penyiaran Euro 2024 yang dilaporkan mencapai hingga RM60 juta adalah tidak benar.

“Betul bukan ratusan ribu untuk membeli ‘air time’ hak penyiaran Euro 2024 tapi tidaklah RM60 juta. Jumlahnya jauh sekali dari angka RM60 juta,” katanya.

Sumber itu juga menegaskan bahawa kerajaan sepatutnya berusaha untuk mendapatkan penajaan dengan pelbagai cara dengan kos yang paling efektif tanpa mengabaikan kepentingan penonton tempatan yang dambakan untuk menonton kejohanan tersebut.

Kenyataan ini dikeluarkan bagi menjelaskan kekeliruan yang timbul daripada laporan yang tidak tepat sebelum ini mengenai kos berkenaan yang dikatakan berjumlah RM60 juta.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya