Kes tuntutan palsu cecah RM12 billion di AS - Utusan Malaysia

Kes tuntutan palsu cecah RM12 billion di AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat mendedahkan hampir 200 individu di seluruh negara didakwa berhubung skim penipuan penjagaan kesihatan dengan tuntutan palsu melebihi AS$2.7 bilion (RM12 bilion). 

Peguam Negara, Merrick Garland mengumumkan pertuduhan terhadap doktor, pengamal perubatan dan jururawat di seluruh AS yang dituduh melakukan pelbagai penipuan, termasuk skim AS$900 juta (RM4.24 bilion) di Arizona yang menyasarkan pesakit yang hampir mati.

“Tidak kira sama ada anda pengedar dalam kartel dadah atau eksekutif korporat atau profesional perubatan yang bekerja di sebuah syarikat penjagaan kesihatan.

“Jika anda mendapat keuntungan daripada pengedaran bahan terkawal yang menyalahi undang-undang, anda akan bertanggungjawab,” kata Garland dalam kenyataan.

Dalam kes Arizona, Pendakwa Raya menjalankan pertuduhan terhadap dua pemilik syarikat penjagaan luka kerana menerima lebih $330 juta (RM1.5 bilion) dalam bentuk sogokan.

Ia adalah sebahagian daripada skim untuk menipu tuntutan bil Medicare yang merupakan pembalut untuk membantu menyembuhkan luka.

Jururawat didesak untuk menggunakan cantuman luka kepada pesakit warga emas yang tidak memerlukannya, kata Jabatan Kehakiman. 

Sesetengah pesakit meninggal dunia pada hari individu tersebut menerima rasuah. 

Menurut Pendakwa Raya, dalam tempoh kurang dua tahun, lebih AS$900 juta tuntutan palsu dikemukakan kepada Medicare untuk rasuah yang digunakan terhadap 500 pesakit.

Baru-baru ini, pemilik syarikat penjagaan luka itu, Alexandra Gehrke dan Jeffrey King, diberkas di Lapangan Terbang Phoenix ketika mereka menaiki penerbangan ke London. 

Secara keseluruhan, seramai 193 orang didakwa dalam kes berasingan yang berhubung penipuan dalam sektor penjagaan kesihatan di seluruh negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya