Keluarga jutawan dipenjara, eksploitasi pekerja di Switzerland

Keluarga jutawan dihukum penjara, eksploitasi pekerja di Switzerland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Seorang jutawan kelahiran India dan tiga ahli keluarga yang lain dijatuhkan hukuman penjara kerana mengeksploitasi pekerja di kediaman mereka di vila tepi tasik di Switzerland. 

Tertuduh didakwa kerana merampas passport pekerja, menghalang mereka keluar dan bekerja sehingga 18 jam sehari. 

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama empat tahun terhadap hartawan berusia 79 tahun, Prakash Hinduja, isterinya, Kamal, anak lelaki, Ajay dan menantunya, Namrata.

Bagaimanapun, mahkamah menolak pertuduhan lebih serius iaitu pemerdagangan manusia terhadap kesemua tertuduh atas alasan pekerja memahami tugasan yang diberikan. 

Kesemua mangsa adalah pekerja dari India yang buta huruf dan gaji mereka tidak dibayar dalam nilai matawang Swiss Francs tetapi dalam rupee India.

Hakim Sabina Mascotto berkata, tertuduh mengambil kesempatan terhadap kakitangan mereka serta membayar gaji yang rendah. 

“Mereka tidak mempunyai latar belakang pendidikan serta tidak mengetahui hak diri sendiri. 

“Motif defendan hanyalah mementingkan diri sendiri dan didorong keinginan untuk mendapatkan keuntungan,” katanya. -AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN