Kapal angkasa Boeing Starliner bukan terkandas di ISS - NASA

Kapal angkasa Boeing Starliner bukan terkandas di ISS – NASA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) menjelaskan angkasawan pertama yang menerbangkan kapal angkasa Boeing Starliner bukan ‘terkandas’ di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Penjelasan itu dibuat ketika sesi sidang akhbar oleh Pengurus Program Kru Komersial NASA, Steve Stich selepas tajuk berita yang negatif selama berminggu-minggu, disebabkan oleh kapal angkasa yang dilaporkan tertunda untuk kembali ke bumi.

Angkasawan, Butch Wilmore dan Suni Williams berlepas pada 5 Jun lalu, selepas bertahun-tahun proses pelepasan Starliner tertangguh.

“Butch dan Suni tidak terkandas di angkasa.

“Pasangan angkawasan itu menikmati masa mereka di stesen angkasa dan rancangan kami adalah untuk terus mengembalikan mereka ke Starliner,” katanya.

NASA berkata, kelewatan kepulangan yang dijadualkan semula pada 26 Jun ini akan memberi lebih banyak masa untuk semakan kerosakan yang menjadi punca kebocoran helium sehingga kepulangan kapal angkasa itu ditangguhkan sebelum ini.

Misi kru pertama Starliner ke ISS, yang pada mulanya dijadualkan berlangsung kira-kira lapan hari, dilanjutkan ke tarikh yang belum ditentukan.

Kapal angkasa itu berlepas dari Florida di atas roket United Launch Alliance Atlas V, 5 Jun lalu, selepas penangguhan selama bertahun-tahun dan kebimbangan keselamatan serta dua percubaan pelancaran yang dibatalkan ketika angkasawan bersedia untuk berangkat. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya