Kanak-kanak Palestin maut keracunan, makanan tin tamat tempoh

Kanak-kanak Palestin maut keracunan, makanan dalam tin tamat tempoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Pengambilan makanan dalam tin yang telah tamat tempoh mengakibatkan beberapa kes keracunan makanan di Semenanjung Gaza.

Pejabat Media Kerajaan di wilayah itu berkata, situasi itu amat membimbangkan kerana kebuluruan dan penyakit keracunan makanan semakin meningkat dalam kalangan penduduk Gaza terutamanya kepada kanak-kanak.

“Israel melaksanakan dasar kebuluran yang sistematik dan menghalang rakyat Gaza menerima rawatan perubatan.

“Rejim Zionis juga menyasarkan petugas perbandaran yang cuba memulihkan telaga air di wilayah itu,” katanya lapor Anadolu. 

Tentera Israel juga sengaja menjadikan pasukan pertahanan awam sebagai sasaran bagi melumpuhkan mereka.

Disebabkan perang dan sekatan Israel yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa, rakyat Palestin di Gaza terutamanya di kawasan utara menghadapi kekurangan makanan, air dan ubat-ubatan yang membawa kepada kematian akibat kelaparan.

SEJUTA BERDEPAN KEBULURAN 

Sumber perubatan yang dipetik oleh agensi berita rasmi Palestin, WAFA merekodkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin meninggal dunia akibat kebuluran dan dehidrasi di Gaza. 

Laporan dari Hospital Kamal Adwan di utara Gaza merekodkan kira-kira 50 kanak-kanak mengalami kekurangan zat makanan akibat sekatan bantuan kemanusiaan Israel di wilayah terkepung itu.

Pada 12 Jun lalu, Setiausaha Agung Hal Ehwal Kemanusiaan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Martin Griffiths meramalkan separuh daripada penduduk Gaza atau lebih sejuta orang dijangka kebuluran atau berdepan kematian menjelang pertengahan Julai depan.

Baru-baru ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran ramai penduduk Gaza menghadapi ‘tahap bencana kelaparan dan situasi menyerupai kebuluran’.

Israel masih melancarkan perang yang dahsyat terhadap Gaza sejak 7 Oktober lalu, walaupun berdepan pertuduhan dari Mahkamah Keadilan Antarabangsa berhubung pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin. 

TIADA TITIK NOKTAH

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, seramai 37,598 rakyat Palestin terbunuh, dan 86,032 yang lain mengalami kecederaan. 

Kira-kira 11,000 rakyat Palestin yang lain gagal dikesan dan majoriti dianggap mati di bawah runtuhan rumah mereka di seluruh Semenanjung Gaza.

Pertubuhan Palestin dan antarabangsa merekodkan majoriti yang terbunuh dan cedera adalah golongan wanita dan kanak-kanak.

Perang Israel mengakibatkan kebuluran teruk, terutamanya di utara Gaza, sehinga mengakibatkan kematian rakyat Palestin dengan majoritinya adalah kanak-kanak.

Pencerobohan Israel juga mengakibatkan pemindahan besar-besaran hampir dua juta orang dari seluruh Semenanjung Gaza, dengan sebahagian besar pelarian terpaksa memasuki bandar selatan di Rafah yang padat penduduk berhampiran sempadan Mesir. 

Pemindahan itu merekodkan paling terbesar di Palestin sejak penghijrahan beramai-ramai penduduk semasa peristiwa Nakba 1948. -AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya