Jutaan penduduk Bangladesh terperangkap akibat banjir

Jutaan penduduk Bangladesh terperangkap akibat banjir

An aerial view shows flooded area in Companiganj of Sylhet district on June 20, 2024. In Sylhet, lashing rain and rivers swollen by flooding upstream in India also swamped heavily populated areas. (Photo by Munir UZ ZAMAN / AFP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DHAKA: Jutaan penduduk di Bangladesh terperangkap akibat banjir di sebahagian kawasan timur laut Sylhet yang berpunca dari aliran air deras hulu sungai yang disertai hujan lebat. 

Timbalan Pesuruhjaya dan Majistret daerah di Sylhet, Sheikh Russel Hasan berkata, sekitar sejuta orang terjejas hanya di daerah Sylhet sehingga memaksa puluhan ribu penduduk berpindah.

Beliau berkata, pihak berkuasa telah menghantar pasukan respons bencana untuk menjalankan operasi menyelamat, mengedarkan bahan bantuan dan menyelia pusat penempatan sementara untuk 20,000 penduduk. 

“Hujan lebat berterusan menyebabkan kerosakan besar kepada tempat tinggal, tanaman, jalan raya dan lebuh raya,” katanya. 

Pegawai berkata, puluhan ribu rumah di daerah Sunamganj, Moulvibazar dan Habiganj yang berdekatan dengan Sylhet juga ditenggelami air dan bekalan elektrik terputus.

Paras air di kebanyakan sungai utama seperti Surma, Kushiyara, Manu, Dhalai, Kalni dan Gowain yang mengalir melalui daerah-daerah itu melimpahi tebing dan air sungai melebihi paras bahaya pada Rabu.

Tentera Bangladesh dikerahkan untuk melindungi stesen janakuasa yang terjejas akibat banjir di bandar Sylhet dan memastikan bekalan kuasa tidak terganggu.

Setakat ini, tiada kecederaan atau kematian yang dilaporkan berlaku di daerah-daerah berkenaan akibat banjir. -AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya