Jumlah pelarian dunia cecah 120 juta - Utusan Malaysia

Jumlah pelarian dunia cecah 120 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Sebanyak 117.3 juta orang atau satu daripada 69 individu di seluruh dunia menjadi pelarian akibat dipindahkan secara paksaan, berdasarkan laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR). 

Lapor Al Jazeera, pemindahan paksa akibat konflik dan keganasan, penganiayaan dan pencabulan hak asasi manusia terus meningkat dalam tempoh empat bulan pertama, tahun ini, dan berkemungkinan melebihi 120 juta, April lalu. 

Pesuruhjaya Tinggi UNHCR, Filippo Grandi berkata, terdapat tragedi manusia yang tidak terkira jumlahnya di sebalik jumlah yang begitu ketara. 

“Penderitaan itu mesti merangsang masyarakat antarabangsa untuk bertindak segera bagi menangani punca perpindahan secara paksa,” katanya. 

Daripada 117.3 juta yang dipindahkan secara paksa, 68.3 juta dipindahkan secara dalaman di negara mereka sendiri akibat konflik atau krisis lain. 

Di Gaza, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan kira-kira 75 peritus penduduk atau lebih 1.7 juta orang dipindahkan akibat serangan berterusan oleh tentera Israel. 

Jumlah pelarian yang melintasi sempadan antarabangsa pada 2023, meningkat tujuh peritus kepada 43.4 juta. 

Peningkatan ini didorong oleh perpindahan di Sudan dan konflik berterusan di Ukraine dan wilayah lain. 

Bilangan pencari suaka iaitu orang yang mencari perlindungan di negara lain kerana penganiayaan atau ancaman bahaya di negara asal meningkat 26 peritus, menjadikan 6.9 juta. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya