Jepun, Filipina bersatu berdepan ancaman China

Jepun, Filipina bersatu berdepan ancaman China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Jepun dan Filipina akan mengadakan rundingan pertahanan peringkat tertinggi bulan depan, ketika kedua-dua negara berusaha meningkatkan hubungan dalam menghadapi konfrontasi China.

Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina menerusi kenyataan memaklumkan Menteri Pertahanan Jepun, Minoru Kihara dan Menteri Luar, Yoko Kamikawa akan membincangkan isu dua hala, aspek pertahanan dan keselamatan yang menjejaskan rantau ini.

Rundingan itu susulan konfrontasi yang semakin meningkat di kawasan perairan antara kapal-kapal milik China dan Filipina, ketika Beijing meningkatkan usaha tuntutan terhadap hampir semua Laut China Selatan. 

Tokyo dan Beijing juga bertelagah mengenai pulau-pulau yang menjadi pertikaian yang dikawal Jepun di Laut China Timur. 

Jepun yang pernah menjajah Filipina semasa Perang Dunia II, berusaha melakukan rundingan Perjanjian Akses Timbal Balik (RAA) dengan Manila, yang akan membolehkan negara-negara itu mengerahkan tentera di wilayah masing-masing. 

Bekas Menteri Pertahanan Jepun, Itsunori Onodera yang kini ahli parti pemerintah di Parlimen Jepun berkata, beliau berharap rundingan mengenai pakatan pertahaan akan mencapai kemajuan semasa mesyuarat bulan depan. 

Onodera berkata, beliau telah bertemu dengan Penasihat Keselamatan Negara, Eduardo Ano, Menteri Pertahanan, Gilberto Teodoro dan Setiausaha Luar, Enrique Manalo untuk mengulangi komitmen Jepun terhadap perkongsian pertahanan strategik dengan Filipina. 

“Kami mengiktiraf keperluan untuk memperdalamkan lagi kerjasama keselamatan dan pertahanan antara kedua-dua negara. 

“Jepun komited, bersedia untuk menyediakan aset yang diperlukan bagi melindungi keselamatan Filipina,” katanya. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya