KALIMANTAN: Seorang wanita bergelar janda yang mempunyai enam anak di Kabupaten Nunukan, Kalimantan Utara, nekad membunuh kekasihnya sendiri.
Lapor Tribunnews, motif pembunuhan tersebut kerana wanita itu kecewa kekasihnya yang merupakan seorang pegawai kehormat Kerajaan Daerah Nunukan enggan bernikah dengan dirinya walaupun sudah tiga tahun hidup serumah.
Mangsa, Yohanes Sutoyo, 44, ditemukan dalam keadaan berlumuran darah di sebuah rumah di Jalan Tanjung, Selasa lalu.
Wanita berusia 38 tahun itu didakwa menikam leher dan dada mangsa selepas kedua-duanya terlibat dalam pertengkaran.
Untuk rekod, wanita itu pernah bernikah sebanyak tiga kali sebelum menjalin hubungan dengan mangsa.
Akibat perbuatan jenayah itu, wanita itu kini berdepan hukuman penjara seumur hidup.