Israel tagih bantuan peluru dari AS - Utusan Malaysia

Israel tagih bantuan peluru dari AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menagih bantuan Amerika Syarikat (AS) untuk menyalurkan bekalan peluru bagi memastikan kelangsungan serangan di Gaza. 

Permintaan itu dibuat setelah beliau mencetuskan kemarahan Washington menerusi satu kenyataan video yang menuduh Washington ‘menahan senjata dan peluru buat Israel’.

“Saya bersedia menghadapi serangan secara peribadi dengan syarat Israel menerima peluru yang diperlukan daripada AS bagi peperangan ini,” katanya dalam kenyataan.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara, John Kirby berkata, pihaknya amat kecewa dengan kenyataan Netanyahu yang menuduh Washington. 

“Komen-komen itu amat mengecewakan dan sudah tentu membuat kami marah, memandangkan sokongan yang telah kami berikan selama ini serta sokongan berterusan selepas ini.

“Tiada negara lain yang melakukan lebih banyak peluru untuk membantu Israel mempertahankan diri daripada ancaman Hamas dan ancaman lain dihadapi mereka di rantau ini,” katanya pada wartawan. 

Washington menyatakan hanya terdapat satu kiriman sebanyak 907 kilogram bom yang kini ditangguhkan penghantarannya atas kebimbangan ia akan digunakan di kawasan-kawasan yang padat dengan penduduk di Gaza.

Jurucakap Keselamatan Negara AS, Jake Sullivan bertemu rakan sejawatnya di Israel, Tzachi Hanegbi serta Menteri Hal Ehwal Strategik Ron Dermer, Khamis lalu.

Washington merupakan penyokong utama tentera Israel, namun White House sudah menyuarakan kekecewaan terhadap jumlah kematian orang awam yang meningkat di Gaza, setelah lapan bulan Israel menjalankan operasi terhadap Hamas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN