KAHERAH: Israel menyasarkan sebuah sekolah Gaza yang didakwa menjadi tempat perlindungan Hamas, membunuh pejuang yang terlibat dalam serangan 7 Oktober lalu yang mencetuskan perang lapan bulan. Namun, media Gaza berkata serangan itu membunuh sekurang-kurangnya 27 rakyat Palestin yang mencari perlindungan. Pengarah Pejabat Media Kerajaan yang dikendalikan Hamas, Ismail Al-Thawabta menolak dakwaan Israel bahawa sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Nuseirat, tengah Gaza, menyembunyikan markas arahan Hamas. “Israel menggunakan pembohongan kepada pendapat umum melalui cerita rekaan palsu untuk mewajarkan jenayah kejam yang dilakukan terhadap berpuluh-puluh rakyat Palestin yang dipindahkan,” kata Thawabta…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya