Israel mula sasar 'zon selamat', 8 rakyat Palestin maut

Israel mula sasar ‘zon selamat’, 8 rakyat Palestin maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Sekurang-kurangnya lapan rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel berhampiran tempat perlindungan di bandar Deir al-Balah di tengah Semenanjung Gaza, pada pagi Selasa.

Sumber perubatan di Hospital Syahid Al-Aqsa berkata, serangan udara Israel di sekitar Kolej Teknikal Palestin, yang berfungsi sebagai tempat perlindungan orang ramai telah mengorbankan lapan nyawa.

Saksi mata memberitahu, mangsa cedera telah dipindahkan ke hospital menaiki kereta haiwan kerana kekurangan bahan api di Gaza.

Katanya, kawasan itu kini sesak dengan penduduk Gaza selepas tentera Israel menetapkannya sebagai zon selamat.

Setakat ini, Kementerian Kesihatan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa terkorban.

Israel masih meneruskan serangan kejamnya ke atas Gaza, walaupun resolusi Majlis Keselamatan PBB menuntut gencatan senjata segera.

Sejak Oktober lalu, lebih 36,400 rakyat Palestin terbunuh di Gaza, sebahagian besarnya wanita dan kanak-kanak, manakala 82,600 yang lain cedera.- Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya