Israel masih giat ceroboh Rafah - Utusan Malaysia

Israel masih giat ceroboh Rafah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Tentera Israel menggempur kawasan di tengah Semenanjung Gaza pada Khamis, menyebabkan tiga orang maut dan puluhan yang lain cedera.

Pegawai perubatan berkata, kereta kebal rejim Zionis mempergiatkan pencerobohan ke Rafah, lapor Reuters. 

Pesawat Israel menyerang sebuah rumah di kem Al-Nuseirat sehingga mengorbankan dua rang dan 12 yang lain cedera. 

Kereta kebal membedil kawasan di kem Al-Maghazi dan Al-Bureij sehingga mencederakan ramai orang. 

Nuseirat, Maghazi dan Bureij adalah tiga daripada lapan kem pelarian bersejarah di Gaza. 

Rabu lalu, tentera Israel berkata, pihaknya meneruskan operasi merentasi enklaf yang menyasarkan infrastruktur ketenteraan Hamas yang disifatkan sebagai aktiviti ‘tepat, berasaskan perisikan’. 

Lebih lapan bulan selepas perang di Gaza, kemaraan Israel kini tertumpu di dua Kawasan terakhir yang belum diserang tenteranya iaitu di pinggir selatan Gaza di Rafah dan kawasan sekitar Deir al-Balah di tengah Gaza. 

Operasi itu memaksa lebih sejuta orang melarikan diri sejak Mei lalu, dan sebahagian besar berpindah dari bahagian lain.

Di Rafah, yang berhampiran sempadan Mesir, kereta kebal Israel yang ditempatkan jauh di kawasan barat dan tengah bandar itu meningkatkan pengeboman sehingga memaksa lebih ramai keluarga yang tinggal di kawasan pantai melarikan diri ke utara. 

Seorang penduduk dari kawasan kejiranan Al-Shaboura, Rafah, Abu Wasim berkata, orang ramai yang tinggal di tepi pantai juga mula bertolak ke arah Khan Younis dan kawasan tengah dalam ketakutan kerana pengeboman berterusan.

Sehingga kini, tiada tanda-tanda pertempuran akan dihentikan kerana usaha pengantara antarabangsa yang disokong oleh Amerika Syarikat, gagal memujuk Israel dan Hamas untuk bersetuju dengan gencatan senjata.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya