Israel bunuh 15,000 kanak-kanak, majoriti pelajar sekolah

Israel bunuh 15,000 kanak-kanak, majoriti pelajar sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMALLAH: Kementerian Pendidikan Palestin mengesahkan lebih 15,000 kanak-kanak terbunuh sejak permulaan pencerobohan Israel di Semenanjung Gaza, dengan majoritinya adalah pelajar sekolah dan tadika, selain 64 pelajar di Tebing Barat serta Baitulmuqaddis.

Kementerian itu menerusi kenyataan sempena Hari Kanak-Kanak Teraniaya Antarabangsa yang disambut pada 4 Jun, menekankan nasib kanak-kanak di Gaza yang menjadi mangsa terbesar pencerobohan berterusan Israel sejak Oktober lalu.

Kenyataan itu turut menekankan tindakan penceroboh Israel memusnahkan sekolah dan tadika, selain menyasarkan orang awam termasuk kanak-kanak, menyekat makanan dan perkhidmatan kesihatan serta pelanggaran serius lain terhadap sistem hak asasi manusia.

Kementerian menegaskan, sejak permulaan pencerobohan di Gaza, seramai 620,000 pelajar dinafikan hak pendidikan mereka, manakala 88,000 mahasiswa tidak dapat melanjutkan pengajian di universiti.

Menurut kementerian sama, kebanyakan mereka kini berdepan trauma psikologi dan kesihatan yang serius.

Susulan itu, pihak kementerian menggesa organisasi dan institusi antarabangsa segera membela nasib dan hak kanak-kanak Palestin untuk mendapatkan akses pendidikan, sekali gus menghentikan pelanggaran serta jenayah yang semakin meningkat.

Ia turut menggesa keperluan campur tangan untuk menghentikan segera pencerobohan Israel di Gaza dan Tebing Barat.- Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya