Israel bimbang tewas di Gaza dan Lebanon

Israel bimbang tewas di Gaza dan Lebanon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Pegawai Tertinggi Rizab Tentera Israel, Mejar Jeneral Yitzhak Brik menyatakan kebimbangan mengenai keupayaan Israel untuk memenangi perang yang berterusan di Gaza termasuk di utara Lebanon.

Katanya, serangan berterusan sebenarnya boleh membawa kepada kejatuhan Israel, lapor Al Jazeera. 

Brik menyifatkan tentera Israel hanya bersaiz kecil dan kekurangan tenaga, malah keadaan bertambah buruk dengan peperangan yang berlanjutan setiap hari. 

“Israel sebenarnya sudah tewas dalam perang sejak 7 Oktober lalu, dan ia adalah kekalahan yang memalukan.

“Daripada bercakap tentang kemenangan mutlak, Israel sepatutnya memberikan tumpuan untuk menangani kerugian dengan keutamaan yang jelas,” katanya. 

Bekas pegawai tertinggi tentera itu dilaporkan mengkritik kepemimpinan Israel di peringkat politik dan ketenteraan kerana tidak mengakui realiti sebenar yang hanya mengheret Israel ke arah bencana. 

Tegasnya, jika perang tidak ditamatkan, ia akan menjadi konflik berpanjangan yang berpotensi membawa kepada kejatuhan Israel dan perang serantau serta menyebabkan disisihkan dan terasing di peringkat global. 

Sementara itu, pergerakan sayap kiri Israel yang dikenali ‘Yesh Gvul’ melaporkan berlaku peningkatan bilangan tentera Israel yang enggan berkhidmat dalam ketenteraan ketika serangan masih berterusan di Gaza. 

Jurucakap kumpulan itu, Yishai Menuchin berkata, seramai 40 tentera direkodkan enggan mendaftar sebagai tentera simpanan. 

Secara keseluruhan, pihaknya menerima 100 permintaan daripada individu yang menolak untuk menyertai perkhidmatan tentera. 

Satu lagi kumpulan sayap kiri, Mesarvot berkata, berlaku peningkatan mendadak dalam bilangan pasukan simpanan yang mencari bantuan. 

Sejak operasi darat yang dilancarkan 27 Oktober lalu, tentera Israel dilaporkan mengalami kerugian yang besar. 

Dilaporkan seramai 642 tentera terbunuh dan 3,643 cedera sejak serangan 7 Oktober lalu. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya