Indonesia sekat akses platform judi online - Utusan Malaysia

Indonesia sekat akses platform judi online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Menteri Penyelaras bagi Hal Ehwal Politik, Undang-Undang dan Keselamatan, Hadi Tjahjanto mengumumkan pasukan petugas perjudian dalam talian akan menyekat akses orang ramai terhadap platform perjudian online.

Pasukan petugas itu juga akan melibatkan pegawai tidak bertauliah (Babinsa), Tentera Negara Indonesia (TNI), pegawai keselamatan dan ketenteraman awam (Bhabinkamtibnas) serta Polis Negara (Polri) dalam memantau sistem pembayaran yang boleh disalahgunakan secara online.

“Pasukan petugas akan menyekat akses platform perjudian dalam talian luar negara terutamanya dengan menyasarkan penyedia akses rangkaian.

“Bhabinkamtibnas dan Babinsa sedang giat memantau aktiviti akaun bank yang digunakan untuk tujuan itu serta pasar mini yang menjual kredit tambah nilai perjudian dalam talian,” kata Tjahjanto dalam sidang media di Jakarta pada Jumaat, lapor ANTARA.

Presiden Indonesia, Joko Widodo menubuhkan pasukan petugas pembasmian judi online yang diketuai Tjahjanto, 14 Jun lalu.

Sementara itu, Pusat Laporan dan Analisis Transaksi Kewangan (PPATK) merekodkan sekitar 4,000 hingga 5,000 akaun bank yang disyaki mempunyai kaitan dengan aktiviti itu.

Data-data terbabit akan diserahkan kepada Badan Siasatan Jenayah Polri untuk tindakan lanjut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN