SEMINGGU sebelum Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Kebangsaan (MTHQK) 2022, keluarganya diuji tahap kesihatan. Lantaran insiden itu, Sofizah Mousin, 35, hampir menarik diri sebagai wakil Selangor apabila anak bongsunya dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman di samping keadaan dirinya yang kurang sihat. Berkat kesabaran, kuat semangat dan tidak mengalah, beliau meneruskan komitmen tersebut hingga berjaya meraih tempat pertama menerusi markah sebanyak 85 peratus. Kemenangan itu sekali gus melayakkannya mewakili Malaysia dan lebih manis apabila dinobatkan sebagai johan qariah antarabangsa (MTHQA). Mengimbas lembaran 2022, anak jati Kota Kinabalu, Sabah ini berkata,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya