Impian Harimau Malaya 'terkubur'

Impian Harimau Malaya ‘terkubur’

PENYERANG Negara, Paulo Josué berjaya mencipta gol kedua buat Harimau Malaya pada aksi terakhir Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.-UTUSAN/ FARIZ RUSADIO.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hasrat Harimau Malaya untuk menjejak kaki ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 tidak kesampaian selepas gagal meraih kemenangan besar ke atas Taiwan pada aksi terakhir Kumpulan D di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Kemenangan 3-1 ke atas skuad kendalian Gary White menyaksikan Malaysia gagal untuk mengatasi kelebihan gol yang dimiliki Kyrgyztsan.

Skuad kendalian Kim Pan Gon sepatutnya wajib menang dengan sekurang-kurangnya lapan gol namun misi itu gagal dilaksanakan pemain-pemain Harimau Malaya.

Pada aksi itu, kedua-dua pasukan menunjukkan permainan seimbang pada babak pertama dengan masing-masing berjaya mencipta peluang untuk menjaringkan gol.

Namun, Taiwan terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-20 menerusi ledakan penyerang pelawat, Yu Yao-hsing yang mudah menolak masuk bola ke gawang ketika berdepan situasi satu lawan satu dengan penjaga gol negara, Azri Ghani.

Tersentak dengan gol itu, skuad kebangsaan cuba bangkit namun beberapa peluang keemasan yang dicipta gagal diterjemahkan dalam bentuk jaringan sekali gus terus buntu merobek gawang Taiwan.

Ia menjadikan keputusan 0-1 kekal sehingga berakhir babak pertama.

Memasuki babak kedua, kemasukan Sergio Aguero jelas merubah corak permainan Harimau Malaya apabila Akhyar Rashid berjaya menjaringkan gol namun jaringan itu dibatalkan selepas dia dikesan berada dalam kedudukan ofsaid pada minit ke-49.

Sikap tidak berputus asa skuad kebangsaan mencari gol akhirnya terbalas pada minit ke-53 apabila rembatan kencang Safawi Rasid gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol pelawat, Pan Wen Chieh sebelum bola menerjah jaring Taiwan.

Tuan rumah terus meningkatkan intensiti serangan dan berjaya mendapatkan gol kedua menerusi gerakan menarik antara Aguero dan Corbin Ong sebelum disudahkan dengan tolakan mudah Paulo Josue pada minit ke-70.

Pada penghujung perlawanan, Adib Raop turut berjaya mencipta nama sebagai penjaring untuk gol ketiga buat Harimau Malaya selepas memanfaatkan kesilapan Wen Chieh.

Selepas ini, Malaysia terpaksa bermain di pusingan ketiga Piala Asia 2027 untuk mencari slot ke kejohanan berprestij Asia itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya