Ibadah haji bermula hari ini - Utusan Malaysia

Ibadah haji bermula hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH: Dalam suhu panas terik, umat Islam di Mekah berkumpul di khemah yang luas di padang pasir pada hari Jumaat, sekaligus menandakan secara rasmi permulaan ibadah haji tahunan.

Menjelang perjalanan kerohanian tetamu Allah, jemaah akan mengelilingi Kaabah di Masjidil Haram iaitu tapak paling suci bagi umat Islam.

Lebih 1.5 juta jemaah haji dari seluruh dunia berkumpul di dalam dan sekitar Mekah untuk menunaikan Rukun Islam kelima, dan jumlah itu dijangka bertambah apabila lebih ramai jemaah tempatan di Arab Saudi menyertainya.

Pihak berkuasa Arab Saudi menjangka jumlah itu akan melebihi dua juta orang tahun ini.

Hari ini, jemaah haji sudah berangkat ke Mina yang secara rasminya menandakan permulaan ibadah haji.

Mereka kemudian akan bergerak untuk berjaga sepanjang hari (Sabtu) di Gunung Arafah, sebuah bukit padang pasir ketika Nabi Muhammad menyampaikan khutbah terakhirnya.

Jemaah haji yang sihat akan melakukan perjalanan dengan berjalan kaki, sementara yang lain menaiki bas atau kereta api.

Ibadah haji ditetapkan selama lima hari pada minggu kedua bulan Dzulhijjah, iaitu bulan terakhir dalam kalendar Islam. -ARAB NEWS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya