DUESSELDORF: Kapten Perancis, Kylian Mbappe dilaporkan patah hidung sewaktu pasukannya menewaskan Austria 1-0 dalam aksi Kejohanan Eropah (Euro), kata sumber. Menurut sumber tersebut, kepala Mbappe berlanggar dengan bahu pertahanan Austria, Kevin Danso ketika mereka berebut bola di udara dan penyerang tersebut terpaksa meninggalkan padang pada minit ke-90 selepas mengalami pendarahan di hidungnya. “Dia berada dalam keadaan teruk dan tidak baik. Hidungnya cedera, itu pasti,” kata jurulatih Perancis, Didier Deschamps. Selepas perlanggaran tersebut, Mbappe meneruskan permainan sebelum dia terbaring di kotak penalti lawan dan penjaga gol Austria, Patrick Pentz memberitahu pengadil…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya