Hezbollah lancar serangan, sasar pangkalan tentera Israel

Hezbollah lancar serangan baharu, sasar pangkalan tentera Israel di Galilee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT: Kumpulan Hezbollah di Lubnan melancarkan serangan roket dan dron ke arah tentera Israel, pada Khamis.

Menerusi kenyataan, Hezbollah berkata, pihaknya melancarkan serangan terhadap enam berek dan tapak tentera, dan secara serentak menerbangkan skuadron dron yang sarat bahan letupan ke tiga pangkalan Israel yang lain.

Satu daripada sasaran itu adalah pangkalan Israel yang dikatakan Hezbollah menempatkan ibu pejabat perisikan.

Serangan itu adalah sebagai tindak balas terhadap pembunuhan Komander Hezbollah, Taleb Abdallah pada Selasa.

Menurut tentera Israel, kira-kira 40 peluru berpandu dilancarkan ke arah kawasan Galilee dan Bukit Golan, namun sebahagian besarnya berjaya dipintas dan beberapa daripadanya menyebabkan kebakaran.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya