Hezbollah lancar lebih 200 roket ke Israel - Utusan Malaysia

Hezbollah lancar lebih 200 roket ke Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT: Kumpulan Hezbollah melancarkan serangan roket terbesar di utara Israel sejak permulaan perang di Gaza pada pagi Rabu, lapor Al Jazeera. 

Pelancaran lebih 200 roket itu adalah sebagai tindak balas terhadap pembunuhan seorang komander kanan Hizbullah di tenggara Lebanon, dalam serangan pada hari sebelumnya. 

Serangan itu menimbulkan kebimbangan konfrontasi antara tentera Israel dan Hezbollah yang kian memuncak, dengan kedua-duanya menyatakan kesediaan untuk berperang.

Sekurang-kurangnya 215 roket dilepaskan dari wilayah Lebanon ketika siren dibunyikan di berpuluh-puluh komuniti di seluruh negara itu. 

Tentera Israel berkata, serangan itu berjaya dipintas, namun ada beberapa roket yang berjaya mendarat sehingga menyebabkan kebakaran. 

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat serangan itu. 

Tentera Israel mengesahkan pihaknya membunuh Taleb Abdullah serta tiga lagi pejuang Hezbollah dalam serangan itu. 

Lebih 375 orang terbunuh di Lebanon, termasuk sekurang-kurangnya 88 orang awam, menurut pihak berkuasa Lubnan dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. 

Tentera Israel pula melaporkan 18 tentera dan 10 orang awam terbunuh di Israel. 

Permusuhan itu juga menyebabkan puluhan ribu orang berpindah dari komuniti sempadan di utara Israel dan selatan Lubnan. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN