Harimau Malaya ketinggalan 0-1 dengan Taiwan

Harimau Malaya ketinggalan 0-1 dengan Taiwan

PEMAIN Sayap Negara, Akhyar Rashid melakukan percubaan ke gawang Taiwan pada aksi Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.- UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Usaha Harimau Malaya untuk mencipta kemenangan besar ke atas Taiwan pada aksi terakhir Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 tampak sukar selepas ketinggalan 0-1 pada babak pertama perlawanan.

Aksi yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, Taiwan jelas menepati laungan jurulatihnya, Gary White yang mahu memberi kesukaran kepada pasukan negara.

Sebaik sahaja permainan bermula, kedua-dua pasukan masing-masing memperagakan aksi membalas serangan.

Ketika Malaysia yang memerlukan jaringan awal, sebaliknya Taiwan terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-20 menerusi ledakan penyerang pelawat, Yu Yao-hsing.

Tersentak dengan gol itu, skuad kebangsaan cuba bangkit namun beberapa peluang keemasan yang dicipta gagal diterjemahkan dalam bentuk jaringan sekali gus masih buntu merobek gawang Taiwan.

Harimau Malaya perlu menunjukkan intensiti permainan lebih tinggi apabila memasuki babak kedua dan mencari gol bagi mencapai misi mendapatkan lebih tujuh gol.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya