PETALING JAYA: Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa Hari Raya Haji akan disambut pada Isnin, 17 Jun.
“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Malaysia mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah, 1445 Hijriah ialah pada 8 hb. Jun, 2024 Masehi.
“Oleh yang demikian Hari Raya Qurban (10 Zulhijah) bagi Negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Isnin,17 hb Jun 2024 Masehi.” demikian kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja. – UTUSAN