Hannah gesa PDRM jangan ‘membisu’ kes Faisal Halim

Hannah gesa PDRM jangan ‘membisu’ kes Faisal Halim

HANNAH Yeoh berharap pihak PDRM dapat mempercepatkan siasatan berkenaan kes Faisal Halim dan berkongsi perkembangan terkini kepada umum.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memandang serius titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah susulan kontroversi melibatkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika ini.

Menurut Hannah, titah Sultan Selangor berkemungkinan daripada rentetan kes jenayah melibatkan pemain sensasi Selangor FC, Faisal Halim yang masih tiada perkembangan terkini sejak menjadi mangsa simbahan asid pada 5 Mei lalu

Sehubungan itu, Hannah menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempercepatkan proses siasatan kes pemain sensasi Selangor FC, Faisal Halim yang masih tiada perkembangan terkini sejak menjadi mangsa simbahan asid pada 5 Mei lalu.

Tambah Hannah, ramai pihak menanti perkembangan terkini kes berkenaan kerana ia sememangnya dinantikan oleh ramai pihak khususnya peminat bola sepak tanah air.

“Mengenai titah Sultan Selangor, saya rasa ini berkaitan dengan Faisal Halim. Selagi polis belum memaklumkan hasil siasatan mereka, bukan sahaja Sultan Selangor, peminat sukan tanah air juga mahu keadilan terhadap isu ini.

“Sebab itu, saya menggesa pihak polis untuk maklumkan kepada orang ramai supaya kes ini boleh ke peringkat seterusnya.

“Kalau tiada hasil siasatan itu, orang ramai tidak boleh ‘move on’ kerana Faisal adalah aset negara,” katanya pada sidang media Majlis Pelancaran Liga Wanita Nasional 2024 di sini, semalam.

KEADAAN Faisal Halim (kanan) yang menunjukkan kesan asid yang dialaminya ketika diziarahi oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.-IHSAN FB FAISAL HALIM

Mengulas lanjut, Hannah turut berharap proses mengenai rayuan yang akan dilakukan oleh Selangor FC kepada MFL berjalan lancar, sekali gus boleh dapat mencarisupaya kedua-dua pihak mendapat situasi ‘menang-menang’ buat kedua-dua pihak..

“Proses rayuan itu kena habiskan dulu diperingkat MFL. Saya tahu ada platform itu untuk rayuan dan saya dengar Selangor FC akan merayu. Harapan proses rayuan itu berjalan lancar,”katanya.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan Sultan Selangor murka dengan keputusan MFL serta ahli-ahli Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) khususnya Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin selepas menghukum Selangor FC secara keterlaluan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya