Hamas mahu Israel buktikan gencatan senjata kekal

Hamas mahu Israel buktikan gencatan senjata kekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Hamas tidak bersetuju dengan sebarang perjanjian melainkan Israel menyatakan komitmen ‘jelas’ terhadap gencatan senjata kekal dan pengunduran sepenuhnya tentera dari Semenanjung Gaza. 

Pegawai Kanan Kumpulan Pejuang Hamas, Osama Hamadan berkata, pihaknya tidak boleh bersetuju dengan perjanjian yang tidak memberikan sebarang jaminan terhadap semua aspek keselamatan.   

“Israel hanya mahu satu fasa perjanjian iaitu mengambil semula tebusannya, kemudian mahu meneruskan pencerobohan dan peperangan terhadap rakyat Palestin. 

“Kami meminta pihak pengantara untuk mendapatkan pendirian jelas dari Israel sama ada komited terhadap usaha gencatan senjata kekal dan pengunduran tentera sepenuhnya,” katanya lapor Reuters.   

Qatar yang bersama-sama Amerika Syarikat (AS) dan Mesir menjadi pengantara rundingan antara Hamas dan Israel, turut menggesa Israel memberikan pendirian yang jelas bagi mencapai perjanjian itu.

Baru-baru ini, Presiden AS, Joe Biden menggesa Hamas untuk menerima cadangan baharu yang dikemukakan oleh Israel bagi menamatkan konflik di Gaza.

Cadangan itu mengandungi tiga fasa dengan gencatan senjata selama enam minggu yang mewajibkan pasukan pertahanan Israel (IDF) berundur dari kawasan yang padat penduduk di Gaza.

Cadangan itu juga akan membenarkan lebih banyak penghantaran bantuan kemanusiaan termasuk pertukaran beberapa tebusan Israel dengan tahanan Palestin. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya