Hamas, Fatah bincang usaha perdamaian di China

Hamas, Fatah bincang usaha perdamaian di China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMALLAH: Hamas dan Fatah, dua fraksi utama di Palestin akan mengadakan pertemuan di China pada pertengahan bulan ini bagi membincangkan usaha perdamaian. 

Lapor Reuters, perbincangan itu akan berlangsung walaupun wujud perpecahan mendalam antara mereka.

Perbincangan dengan Fatah yang mengawal Tebing Barat menunjukkan usaha Hamas untuk membentuk masa depan pemerintahan Gaza selepas konflik berlarutan. 

Pertemuan itu susulan perbincangan sebelum ini yang berlangsung di China dan Russia. 

Pengantara antarabangsa berusaha mengadakan rundingan gencatan senjata di Gaza, dengan isu utama adalah bagaimana Gaza akan diperintah selepas peperangan berakhir. 

Walaupun berada di bawah tekanan ketenteraan, Hamas ingin memastikan ia kekal sebagai kuasa politik yang penting di wilayah Palestin.  

Hamas berusaha mengekalkan pengaruhnya di Semenanjung Gaza selepas mempertahankan diri daripada serangan tentera Israel. 

Walaupun organisasi Hamas menjadi terasing di peringkat antarabangsa, serangan terhadap rejim Zionis sehingga membunuh 1,200 orang dan 250 tebusan ditangkap menarik lebih banyak perhatian terhadap perananan dan kekuatannya.  

Menurut sumber, Hamas yang memerintah Gaza sebelum perang menyedari pihaknya tidak boleh menjadi sebahagian daripada mana-mana kerajaan baharu Palestin yang diiktiraf di peringkat antarabangsa apabila pertempuran di wilayah itu berakhir. 

Walaupun begitu, pihaknya mahu Fatah bersetuju dengan penubuhan pentadbiran teknokrat baharu untuk Tebing Barat dan Gaza sebagai sebahagian daripada perjanjian politik yang lebih luas, kata sumber itu dan Pegawai Kanan Hamas, Basim Naim. 

“Kami bercakap mengenai perkongsian politik dan perpaduan untuk menstruktur entiti Palestin. 

“Sama ada Hamas berada dalam kerajaan atau di luar, itu bukan tuntutan utama pergerakan ini dan tidak melihatnya sebagai syarat untuk sebarang perdamaian,” kata Basim semasa sesi rundingan di China. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya