Suasana tunai haji lebih sejuk bermula 2026

Suasana tunai haji lebih sejuk bermula 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH: Ibadah haji akan memasuki fasa baharu perubahan iklim pada 2026 yang menandakan permulaan haji musim bunga selama lapan tahun berturut-turut.

Ia kemudian diikuti lapan tahun lagi Rukun Islam kelima itu akan berlaku pada musim sejuk.

Jurucakap Pusat Meteorologi Kebangsaan Arab Saudi (NMC), Hussein Al-Qahtani berkata, perubahan musim tu sekaligus menandakan ibadah haji tahun depan akan menjadi tahun terakhir pada musim panas. 

“Kita tidak akan menyaksikan haji musim panas semula selepas 17 tahun.

“Musim haji pada musim sejuk akan bermula pada tahun Hijriah 1454 dan berterusan selama lapan tahun, berkahir pada tahun Hijriah 1461. Haji pada musim luruh pula antara tahun 1462 hingga 1468,” katanya lapor Saudi Gazette. 

Musim bunga di Arab Saudi berlaku antara pertengahan Mac hingga Jun, akan menyaksikan suhu pada Waktu malam serendah 15 darjah Celcius, manakala di Kawasan tengah dan selatan dengan purata sekitar 20 darjah Celcius.

Musim sejuk pula direkodkan antara pertengahan Disember hingga Mac, yang memberikan suhu nyaman pada siang hari, dan sejuk di sebelah malam.

Empat musim telah menyelesaikan kitaran selama 33 tahun Hijriah, dan ibadah haji akan memasuki musim panas semula adalah pada 1470 untuk tempoh Sembilan tahun berturut-turut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN