DORTMUND: Arda Guler menjadi wira Turkiye selepas menjaringkan gol jarak jauh yang menakjubkan untuk membuka kempen Euro 2024 dengan kemenangan 3-1 ke atas Georgia. Pada aksi yang berlangsung di Stadium Signal Iduna Park itu, Turkiye membuka jaringan menerusi sepakan voli Mert Muldur pada minit ke-25. Selang tujuh minit kemudian, Georgia berhasil menyamakan kedudukan menerusi jaringan pertama Georges Mikautadze di pentas kejohanan Eropah. Babak kedua menyaksikan bintang muda, Real Madrid Guler menjadikan kedudukan 2-1 pada minit ke-65 untuk menghadiahkan gol kedua Turkiye. Georgia cuba mengasak benteng pertahanan Tukrkiye namun terpaksa akur…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya