Georgia, Republik Czech seri 1-1

Georgia, Republik Czech seri 1-1

PEMAIN Tengah Republik Czech Tomas Holes (kiri) mengasak pemain Georgia, Khvicha Kvaratskhelia pada aksi Kumpulan F Euro 2024 di Volksparkstadion, sebentar tadi.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HAMBURG: Republik Czech dan Georgia berjaya mengutip mata pertama di kempen Euro 2024 selepas mereka terikat 1-1 pada aksi Kumpulan F di Volksparkstadion, sebentar tadi.

Kedua-dua pasukan yang masing-masing tewas pada perlawanan pertama turun dengan misi memburu kemenangan.

Georgia yang tewas kepada Turkiye terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit terakhir babak pertama selepas Georges Mikautadze menyempurnakan sepakan penalti.

Bagaimanapun, Republik Czech bangkit pada babak kedua dengan menyamakan kedudukan pada minit ke-59 hasil ledakan penyerangnya, Patrik Schick.

Selepas itu, tiada lagi jaringan terhasil walaupun kedua-dua pasukan berjaya mencipta peluang namun gagal disudahkan dalam bentuk jaringan.

Keputusan itu menyaksikan Republik Czech berada di tangga ketiga manakala Georgia di kedudukan terakhir Kumpulan F walaupun mereka berkongsi satu mata.

Republik Czech selepas ini akan berdepan Turkiye manakala Georgia menentang Portugal pada 27 Jun ini.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya