Gempa bumi 7.2 skala Richter landa Peru, tiada ancaman Tsunami

Gempa bumi 7.2 skala Richter landa Peru, tiada ancaman Tsunami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIMA: Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan gempa bumi berukuran 7.2 skala Richter melanda pantai tengah Peru, dengan kedalaman 28 kilometer (km), hari ini.

Gegaran itu melanda kira-kira 8.8 km dari daerah Atiquipa, yang meningkatkan tahap penarafan magnitud awal sejurus gempa bumi dilaporkan.

Beberapa penduduk di Atiquipa menerusi media sosial berkata, mereka dapat merasakan gegaran yang sangat kuat dan berpanjangan sehingga menyebabkan katil di rumah bergegar.

Rakaman CCTV dari pekan berdekatan Caraveli menunjukkan penduduk di kawasan kediaman berlari keluar selepas gegaran melanda.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata, gelombang Tsunami berbahaya diramalkan berlaku di beberapa pantai, namun kemudian ancaman itu ditarik balik.

Peru terletak di Lingkaran Api Pasifik adalah kawasan luas aktiviti seismik yang berada di sepanjang pantai barat Amerika.

Negara yang didiami oleh kira-kira 33 juta penduduk itu, kerap dilanda ratusan gempa bumi setiap tahun. -CNN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya