Gelombang haba: Lebih 500 maut di Pakistan - Utusan Malaysia

Gelombang haba: Lebih 500 maut di Pakistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KARACHI: Kira-kira 568 orang meninggal dunia dalam tempoh enam hari lalu ketika gelombang haba melanda di selatan Pakistan.

Selasa lalu, jumlah individu yang maut adalah seramai 141 orang. Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk mengaitkan punca kematian setiap kes dengan peningkatan suhu di negara itu.

Peningkatan jumlah kematian dapat dilihat ketika suhu di Karachi melonjak 40 darjah Celcius.

Perkhidmatan ambulans Edhi memaklumkan pihaknya membawa sekitar 30 hingga 40 orang ke bilik mayat di bandar Karachi setiap hari.

Ketua Jabatan Kecemasan, Dr. Imran Sarwar Sheikh berkata, Hospital Awam Karachi menerima kemasukan 267 orang yang mengalami strok haba antara Ahad hingga Rabu lalu, dengan 12 daripadanya meninggal dunia.

“Kebanyakan pesakit yang masuk hospital berusia dalam lingkungan umur 60 hingga 70-an, walaupun terdapat sekitar usia 45 tahun dan pasangan berusia 20an.

“Ada yang mengalami gejala termasuk muntah, cirit-birit dan demam panas.

“Ramai pesakit yang kami lihat bekerja di luar ketika cuaca panas.  Mereka dinasihatkan untuk memastikan minum banyak air dan memakai pakaian ringan ketika suhu tinggi ini,” kata Dr. Imran kepada BBC.

Selain Karachi, wilayah Sindh juga bergelut dengan suhu panas yang memecah rekod 52.2 darjah Celcius.

Negara jiran Pakistan juga mengalami suhu panas melampau sehingga merekodkan angka kematian sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Di New Delhi, India, gelombang haba merekodkan suhu harian mencecah 40 hingga 50 darjah Celcius. -BBC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya