Gaza bermandi darah lagi, 55 maut - Utusan Malaysia

Gaza bermandi darah lagi, 55 maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Tentera Israel mengebom sebuah lokasi di Gaza sehingga menyebabkan 30 orang maut di sebuah hospital, pada Jumaat. 

Serangan berlaku ketika ketegangan antara rejim Zionis dan kumpulan Hezbollah semakin meningkat di sempadan Lubnan.

Pengarah Hospital Al-Ahli, Bandar Gaza, Dr. Fadel Naeem berkata, Kementerian Kesihatan yang diterajui oleh Hamas merekodkan angka kematian terkini itu selepas pengeboman oleh Israel. 

“Ia adalah hari yang sangat mencabar dan penuh kekejaman di bandar Gaza. Setakat ini, seramai 30 mayat sudah tiba di hospital ini,” katanya. 

Jurucakap Agensi Pertahanan Awam, Mahmud Basal berkata, seramai lima petugas maut selepas garaj di bandar itu diletupkan.

Tentera Israel mengaku melancarkan serangan pada Jumaat di ‘utara dan selatan Koridor Jalur Gaza Tengah’. 

Dalam serangan lain, sekurang-kurangnya 22 terbunuh di pejabat Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) di Gaza. 

Kawasan terbabit menjadi tumpuan ratusan penduduk berlindung dalam khemah selepas kehilangan tempat tinggal akibat konflik berdarah di wilayah terkepung itu.

ICRC memaklumkan 45 mangsa yang mengalami kecederaan dibawa ke hospital medan Palang Merah yang terletak berhampiran. 

“Projektil kaliber berat itu mengenai kawasan dalam lingkungan beberapa meter dari pejabat dan residensi ICRC pada tengah hari Jumaat. 

“Lokasi ini sudah jelas ditanda dengan lambang Palang Merah. Serangan itu hanya meletakkan nyawa orang awam dan petugas Palang Merah dalam risiko,” katanya. -AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya