Enam rakyat Palestin terbunuh di Tebing Barat - Utusan Malaysia

Enam rakyat Palestin terbunuh di Tebing Barat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Seramai enam rakyat Palestin dibunuh oleh tentera Israel semasa serbuan di kampung Kafr Dan berdekatan Jenin, Tebing Barat, pada Selasa.  

Kementerian Kesihatan Palestin berkata, rejim Zionis memperhebatkan serangan di wilayah itu ketika perang di Gaza yang belum ternoktah. 

Agensi berita rasmi, Palestin Wafa melaporkan sebuah unit pasukan khas Israel memasuki kampung itu dan bertindak mengepung sebuah rumah sebelum membedilnya. 

Enam lelaki yang terkorban itu berusia antara 21 hingga 32 tahun, menurut pihak kementerian.  

Salah seorang mangsa, Ahmad Smoudi adalah abang kepada seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang maut ditembak oleh tentera Israel di Jenin pada 2022. 

Batalion Jenin dari Briged al-Quds, iaitu sayap bersenjata Jihad Islam Palestin berkata, pihaknya terlibat dalam pertempuran ‘sengit’ dengan tentera Israel di kampung itu, pada hari sama. 

Tentera Israel mendakwa kononnya menjalankan operasi ‘melawan keganasan’ di kampung itu sehingga mengorbankan empat rakyat Palestin yang dikatakan bersenjata. 

Jelasnya, pihaknya menggunakan helikopter dalam serangan yang tidak menyebabkan kemalangan jiwa. 

Isnin lalu, tentera Israel membunuh empat rakyat Palestin di barat Ramallah dan tiga lagi di Jenin, Jumaat lalu. 

Tentera Israel kerap melakukan serbuan maut di Tebing Barat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. 

Menurut Pihak Berkuasa Kesihatan Palestin, tentera Israel membunuh 544 rakyat Palestin termasuk 133 kanak-kanak di Tebing Barat sejak Oktober 2023, apabila keganasan di Gaza tercetus. 

Israel juga menahan beribu-ribu rakyat Palestin dalam tempoh berkenaan. 

Penduduk Palestin di Tebing Barat juga menghadapi serangan ganas daripada peneroka Israel yang bertindak menyerang petani dan menyerbu bandar Palestin sejak beberapa bulan lalu. 

Majlis Kebangsaan Palestin, Rawhi Fattouh berkata, serbuan Israel di Tebing Barat adalah ‘pembunuhan beramai-ramai dan pembersihan etnik yang menyasarkan rakyat Palestin di Gaza. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya