Empat maut helikopter terhempas di Russia - Utusan Malaysia

Empat maut helikopter terhempas di Russia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VLADIVOSTOK: Sebuah helikopter Robinson R-66 terhempas dekat wilayah Amur di timur Russia, awal pagi semalam, sehingga menyebabkan seorang juruterbang dan tiga penumpang maut.

Lapor Agensi Berita Russia, Tass, Jabatan Siasatan Antara Wilayah Timur, Jawatankuasa Siasatan Pengangkutan melaporkan helikopter itu berlepas dari pelan pemprosesan kayu ke kawasan berhampiran Sungai Dzheltula di wilayah timur Amur.

“Helikopter itu tidak tiba di destinasi dan amaran radio kecemasan dihantar tidak lama kemudian, yang menunjukkan lokasi nahas berkenaan.

“Punca kemalangan belum dapat dipastikan lagi,” katanya lapor The Kyiv Independent.

Pihak Berkuasa Russia melancarkan siasatan berhubung pelanggaran lalu lintas di udara yang mengakibatkan kematian.

Wilayah Amur terletak di timur Russia yang bersempadan dengan China, lebih 5,000 kilometer dari sempadan Ukraine.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya