Dua maut ditembak di Texas - Utusan Malaysia

Dua maut ditembak di Texas

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Sambutan Junteenth di Texas bertukar tragedi apabila dua maut dan enam yang lain dimasukkan ke hospital terkena tembakan di sini, pada pukul 11 malam (waktu tempatan).

Lapor Sputnik, insiden tercetus akibat pergaduhan antara dua kumpulan yang berakhir dengan tembakan.

Bagaimanapun, pihak berkuasa belum mengesahkan jumlah individu yang terlibat dalam insiden tembakan terbabit.

Insiden mengejut itu juga menyebabkan dua kanak-kanak dan empat dewasa lain dibawa ke unit trauma, hospital berdekatan.

Juneteenth juga dikenali sebagai Hari Pembebasan atau Hari Kebebasan, memperingati 19 Jun 1865, apabila Pengisytiharan Pembebasan Presiden Abraham Lincoln menamatkan perhambaan.

Texas adalah negeri pertama yang mengisytiharkan Juneteenth sebagai cuti umum pada 1980 dan sebelum ia menjadi cuti persekutuan, 45 negeri dan Daerah Columbia mengiktirafnya sebagai hari peringatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya