Don Daniyal direhatkan dari siaran Salam Baitullah

Don Daniyal direhatkan dari siaran Salam Baitullah

Ustaz Don
Ustaz Don Daniyal
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 PETALING JAYA: Pendakwah kontroversi, Don Daniyal Don Biyajid, direhatkan daripada terus bersiaran di Radio Television Malaysia (RTM) selepas membuat dakwaan berkaitan kisah hidup Nabi Muhammad SAW

Ketua Pengarah RTM, Datuk Suhaimi Sulaiman berkata, tindakan diambil terhadap Don Daniyal bagi meredakan keadaan selepas dakwaan beliau inti menerima kritikan pelbagai pihak.

“Untuk meredakan keadaan, saya sudah minta pasukan untuk merehatkan Ustaz Don daripada Salam Baitullah,” katanya menerusi satu hantaran ringkas di platform X, hari ini.

Terdahulu, Don Daniyal semasa bersiaran mendakwa Rasulullah SAW pernah melamar seorang wanita yang Bernama Ummu Hani sebanyak tiga kali.

Bagaimanapun, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkata,  baginda ditolak sekali sahaja iaitu pada tahun pembukaan kota Mekah yang juga semasa baginda baharu memeluk Islam manakala dua lamaran lain berlaku sebelum Islam diterima kerana sanad riwayatnya terlalu lemah.

Dalam pada itu, Suhaimi menjelaskan, tugas Don Daniyal di dalam rancangan tersebut hanya sebagai juruacara dan bukan sebagai penganalisis atau penceramah.

“Beliau juga dinasihatkan agar tidak mengundang kontroversi. Beliau akur. Pimpinan tertinggi barisan pengarang juga ada di lokasi bagi menentukan semua juruacara mengikut skrip. Kita doakan yang baik-baik,” ujarnya.

Namun, pengguna media sosial menganggap tindakan RTM merehatkan Don Daniyal tidak wajar dan seharusnya beliau digantung daripada rancangan tersebut.

Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Quran Sunnah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Abu Hafiz Salleh Hudin melalui X berkata, Don Daniyal perlu digantung atau diganti.

“Agensi kerajaan beri mesej salah dengan biarkan penceramah yang jelas telah salah, pertahan yang walau ditegur autoriti agama. RTM mesti bertegas,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya