China cuba hapuskan agama, budaya Islam di kampung Uighur

China cuba hapuskan agama, budaya Islam di kampung Uighur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Kerajaan China secara ‘sistematik’ mengubah ratusan nama kampung yang membawa makna agama, sejarah atau kebudayaan Uighur kepada nama yang mempunyai kaitan dengan ideologi Parti Komunis China. 

Laporan daripada Kumpulan Hak Asasi Manusia, Human Rights Watch yang bekerjasama dengan organisasi advokasi Norway, Uyghur Help berkata, pihaknya mengenal pasti sebanyak 630 kampung di wilayah barat Xinjiang, lapor Al Jazeera.  

Pemangku Pengarah Human Rights Watch di China, Maya Wang berkata, nama itu diubah dengan cara mengikis data dari 2009 hingga 2023 di lawan web Biro Perangkaan Kebangsaan China dan digantikan dengan nama yang membawa maksud Kebahagiaan, Perpaduan dan Keharmonian. 

“Pihak berkuasa China telah menukar ratusan nama kampung di Xinjiang daripada yang kaya dengan makna bagi Uighur kepada nama yang mencerminkan propaganda kerajaan.

“Perubahan nama ini nampaknya sebahagian daripada usaha kerajaan China untuk memadamkan ungkapan budaya dan agama Uyghur,” katanya dalam kenyataan. 

Antara contoh dalam laporan itu ialah kampung Qutpidin Mazar di Kashgar, yang pada asalnya dinamakan sempena penyair Parsi abad ke-13, Qutb al-Din al-Shirazi, dan sekarang dikenali sebagai kampung Bunga Mawar pada 2018. 

Sementara itu, Kampung Dutar di Karakax County dinamakan semula sebagai kampung Bendera Merah pada 2022. 

Seramai 11 orang Uighur yang tinggal di kampung yang namanya telah ditukar ditemubual dan meluahkan perubahan itu memberikan kesan mendalam kepada mereka. 

Seorang penduduk kampung memberitahu dia berdepan kesukaran untuk pulang ke rumah selepas dibebaskan dari kem pendidikan semula kerana nama kampung yang diketahui sebelum ini tidak lagi dimasukkan dalam sistem tiket. 

Seorang lagi penduduk kampung memberitahu dia menulis puisi dan lagu sebagai peringatan kepada lokasi yang pernah didiaminya kini hilang.

Dasar China di Xinjiang menarik perhatian antarabangsa pada 2018, apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merekodkan sejuta orang terdiri daripada penduduk Islam Uighur dan minoriti Turki ditahan dalan rangkaian pusat pendidikan semula. 

Menurut Beijing, kem itu adalah pusat latihan vokasional yang mengajar bahasa Mandarin dan kemahiran lain yang diperlukan untuk menangani ‘ekstremisme’ dan mencegah ‘keganasan’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN