Cantik Zarina Anjoulie sekarang - Utusan Malaysia

Cantik Zarina Anjoulie sekarang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SELALU mencetuskan kontroversi, pelakon dan pempengaruh media sosial ini di mata Cik Bunga kelihatan semakin menyerlah dan cantik benar.

Eh! Ini memang Cik Bunga puji betul, bukan sindir-sindir. Suka betul, Cik Bunga tengok Zarina sekarang.

Nampak semakin berkeyakinan dengan imej dan penampilannya yang ramping. Paling penting sihat, betul tak?

Walaupun mungkin ada yang kata dia kurus bukan dengan cara manual atau semula jadi, tetapi satu yang Cik Bunga tengok, proses untuk dia jadi cantik macam sekarang pun bukanlah secara drastik.

Makna kata, lama juga dia ambil masa untuk tampil macam sekarang walaupun menerusi pelbagai rawatan estatik atau pembedahan plastik yang dijalani.

Bukan hari ini buat esok terus cantik. Semua itu perlukan proses dan kesabaran yang tinggi. Ini bukan Cik Bunga tuduh dia buat ya. Z

arina sendiri pun terbuka berkongsi mengenai segala jenis rawatan yang dia buat demi tampil cantik. Tindakan itu pun Cik Bunga puji sebab berapa kerat pula artis yang mahu mengaku dia buat rawatan estatik atau jalani pembedahan tertentu sebab mahu cantik?

Ramai tidak mahu mengaku. Malu kononnya. Walhal, hujung-hujung Cik Bunga pun dapat tahu dia jumpa doktor itu, doktor ini.

Kemudian tergamak pula tipu peminat dan pengikut kononnya kurus sebab makan ubat itulah, inilah. Pendek kata cakap tak serupa bikin.

Zarina atau Anju ini bagi Cik Bunga, walaupun dia ada kontroversi, tetapi dia ini jenis manusia yang suka cakap terus-terang.

Biasa orang begini ramai yang tidak boleh hendak terima. Cik Bunga tidak suruh semua orang buat rawatan macam Zarina untuk cantik, jangan pula ada yang salah faham.

Mana yang elok untuk diri dan sudah dapat nasihat doktor, terpulang. Cik Bunga sekadar memujinya sahaja. Lepas ini makin mencanaklah ‘saham’ Anju. Tak gitu?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya