Bumbung lapangan terbang Delhi runtuh, seorang maut

Bumbung lapangan terbang Delhi runtuh, seorang maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Hujan lebat dan angin kencang menyebabkan bumbung Lapangan Terbang Antarabangsa Delhi di ibu negara, runtuh hari ini.

Insiden itu menyebabkan seorang maut dan lapan lagi cedera.

Sebuah teksi juga hancur remuk dihempap tiang logam di kawasan pintu masuk terminal.

Menteri Penerbangan India, Kinjarapu Rammohan Naidu berkata, sebahagian kanopi di kawasan pelepasan Terminal 1 lapangan terbang runtuh pada awal pagi dan operasi penerbangan ditutup sehingga pukul 2 petang.

Katanya, keseluruhan terminal di lapangan terbang paling sibuk di India itu dipindahkan dan siasatan sedang dijalankan.

Sekurang-kurangnya 10 penerbangan dibatalkan dan 40 penerbangan lain ditangguhkan. -REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya