Brunei, Sudan disenarai hitam bagi pemerdagangan manusia

Brunei, Sudan disenarai hitam bagi pemerdagangan manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Brunei dan Sudan dimasukkan ke dalam senarai hitam pemerdagangan manusia oleh Amerika Syarikat (AS) pada Isnin.  

AS turut memberi amaran teknologi memburukkan lagi isu yang menjejaskan jutaan individu di seluruh dunia itu.

Berdasarkan laporan tahunan, Jabatan Negara itu meletakkan Brunei dan Sudan ke dalam senarai hitam ‘Tahap 3’ untuk negara yang tidak melakukan tindakan yang mencukupi terhadap pemerdagangan manusia dan boleh dikenakan sekatan oleh AS atau bantuan dikurangkan.

Untuk rekod, Brunei yang merupakan rakan kongsi AS di blok ASEAN tidak mensabitkan kesalahan terhadap mana-mana penyeludup selama tujuh tahun berturut-turut dan berkemungkinan mendakwa atau menghantar pulang beberapa mangsa yang memerlukan bantuan. 

Menurut laporan itu, kerajaan yang kaya dengan minyak juga menghebahkan usaha untuk menangkap pekerja yang melarikan diri dan merotan mereka yang ditangkap.

Brunei secara umumnya mempunyai hubungan baik dengan AS, walaupun negara majoriti Islam itu menghadapi kritikan kerana mengekalkan hukuman mati untuk pesalah homoseksual.

Duta Besar AS yang bertanggungjawab terhadap pemerdagangan manusia, Cindy Dyer berkata, Sudan pula jatuh dari kedudukan pada tahun sebelumnya apabila negara itu mengalami perang yang dahsyat.

“Kami menilai dasar atau corak pemerdagangan Kerajaan Sudan kerana ia berkaitan dengan merekut tentera kanak-kanak,” katanya. 

Kebanyakan negara dalam senarai hitam Tahap 3 mempunyai hubungan buruk dengan AS, termasuk China, Russia dan Venezuela.

AS mengeluarkan Algeria daripada senarai hitam dengan alasan negara itu mengambil inisiatif penting, merujuk kepada undang-undang antipemerdagangan yang baharu dan pendakwaan yang jumlahnya tiga kali ganda terhadap pesalah.

Mesir, Afrika Selatan dan Vietnam dikeluarkan daripada senarai pemerhatian yang membawa ancaman untuk menurunkan taraf ke Tahap 3 tanpa penambahbaikan.

Vietnam yang hanya dua tahun lalu berada di kedudukan paling bawah di Tahap 3 dinaik taraf berikutan peningkatan penyiasatan dan pendakwaan, serta bantuan yang lebih besar kepada mangsa, kata Dyer. -AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya