Gangguan wanita di tempat kerja Jepun membimbangkan

Diskriminasi terhadap wanita di Jepun membimbangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Kumpulan kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan terhadap diskriminasi dan gangguan di tempat kerja yang dialami oleh golongan wanita serta rakyat asing di Jepun.

Laporan kumpulan itu menyatakan kebimbangan mengenai kesukaran yang ketara dalam menangani norma-norma jantina dan sosial yang berbahaya, seperti jurang gaji jantina dan waktu kerja yang panjang, lapor The Japan Times.

Kumpulan kerja itu menyusun laporan itu selepas mengadakan temubual dengan pihak kerajaan, syarikat dan kesatuan buruh semasa lawatan ke Jepun pada musim panas tahun lalu.

Laporan itu diserahkan kepada Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva.

Laporan itu berkata, cabaran hak asasi manusia sistemik dalam sektor perniagaan di Jepun tidak ditangani dengan secukupnya.

“Terdapat keperluan mendesak untuk membongkar sepenuhnya struktur ketidaksamaan dan diskriminasi terhadap kumpulan berisiko seperti wanita, orang tua, kanak-kanak dan orang kurang upaya,” katanya.

Tokyo juga diseru meningkatkan usaha untuk menangani isu itu di kawasan serantau dan di firma yang lebih kecil, serta menubuhkan institusi hak asasi manusia yang bebas.

Kumpulan itu menggesa syarikat Jepun untuk merangka dasar berikrar untuk memenuhi tanggungjawab mereka dalam melindungi hak asasi manusia.

Pihak syarikat juga dicadang agar melaksanakan usaha wajar hak asasi manusia untuk menyiasat kemungkinan mereka terlibat dalam penyalahgunaan.

Amerika Syarikat dan banyak negara di Eropah mempunyai undang-undang dan peraturan yang mewajibkan usaha wajar hak asasi manusia, termasuk untuk operasi yang berkaitan dengan rantaian bekalan.

Di Jepun, bagaimanapun, perkadaran syarikat yang melaksanakan usaha wajar hak asasi manusia adalah rendah, iaitu 28 peratus dalam kalangan firma besar dan 7.8 peratus dalam kalangan firma yang lebih kecil, menurut tinjauan yang dijalankan pada fiskal 2022 oleh Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (JETRO).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya