Beri masa satu, dua tahun lagi untuk catat 10s-Azeem

Beri masa satu, dua tahun lagi untuk catat 10s-Azeem

MUHAMMAD Azeem Fahmi bersama peminat-peminat yang hadir memberi sokongan Olahraga Terbuka Malaysia Cahya Mata 2024 di Stadium Darul Makmur di Kuantan, Pahang baru-baru ini. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi berjanji akan menunaikan impian rakyat Malaysia yang ingin melihat dirinya menjadi pelari pertama Malaysia mencatat masa bawah 10 saat(s) dalam acara 100 meter (m).

Bagaimanapun, sasaran itu memerlukan masa satu hingga dua tahun akan datang untuk direalisasikan oleh pelari kelahiran Teluk Intan, Perak itu.

Untuk rekod, Azeem masih memegang rekod pelari terpantas negara selepas merekodkan catatan masa 10.09s di saringan lapan Kejohanan Olahraga Remaja Dunia 2022 yang berlangsung di Stadium Pascual Guerrero, Cali Ogos dua tahun lalu.

Pelari berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu berkata ketika ini, fokus utama ialah untuk menimba pengalaman dalam meningkatkan kerjaya dalam acara kegemarannya.

“Beri saya masa setahun atau dua tahun lagi untuk saya berada pada prestasi terbaik sepanjang kerjaya. Saya masih berumur 20 tahun dan akan berusaha melakukan yang terbaik,” kata Muhammad Azeem.

Pada final 100m Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia di Stadium darul Makmur kelmarin, Azeem dari Perak mencatat masa 10.43s untuk berada di tempat pertama.

Tempat kedua acara itu menjadi milik atlet ATM, Jonathan Nyepa dengan catatan masa 10.54s manakala tempat ketiga diraih Muhammad Efrain Feerzan Khan dari Pahang dengan masa 10.61s.

Bagi final 100m wanita, Zaidatul Husniah dari ATM dinobatkan johan dengan catatan masa 11.79s, diikuti atlet Selangor Nur Afrina Batrisyia Moha di kedudukan kedua (11.87s) dan di tempat ketiga, Azreen Nabila Alias dari Terengganu dengan catatan 12.21s.

Kejohanan tahunan selama tiga hari itu menampilkan 578 atlet terdiri daripada 17 pasukan dalam negara dan lapan negara luar seperti Australia dan Rusia.

Dalam pada itu, Azeem berkata, Terbuka Kazakhstan peluang terakhirnya bagi mendapatkan catatan masa terbaik sekali layak secara merit ke Sukan Olimpik Paris.

Jelasnya, beliau menyahut cabaran legenda pecut negara, Watson Nyambek untuk layak secara merit ke Paris.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya